Kemalanganpilihan

Dua beranak nyaris maut gerai belacan dirempuh kereta

Berpantang maut sebelum ajal! Itu yang dialami dua beranak yang nyaris maut selepas gerai menjual belacan, cencaluk dan pelbagai makanan trdisional musnah dirempuh sebuah kereta di Jalan
Klebang Besar, Kampung Pinang Batang Tiga, Lereh, Melaka hari ini.

Dalam kejadian pukul 12.15 tenghari itu ketiga-tiga mangsa terdiri daripada Junaidah Maarof, 45, dan anak perempuannya, Rabiatul Adwiyah Abu Bakar, 23, masing-masing cedera di kepala dan kaki.

Akibat rempuhan kuat kereta yang datang dari arah Bandaraya Melaka itu menyebabkan kedua-dua beranak tersepit antara rak jualan dan kereta.

Pemilik gerai Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Abu Bakar Abd. Aziz, 56, berkata, sewaktu kejadian dia berdiri di luar gerai manakala isteri dan anaknya berada di dalam.

“Sewaktu sedang berbual tiba-tiba saya terkejut apabila sebuah kereta terus merempuh gerai menyebabkan isteri dan anak saya tersepit.

“Saya terus membantu mengeluarkan mereka yang tersepit dan mengambil masa 15 minit mujurlah mereka tidak mengalami kecederaan yang serius,” ujarnya.

Abu Bakar berkata, isteri dan anaknya berjaya dikeluarkan dengan bantuan anggota bomba yang kebetulan melalui jalan tersebut.

Jelasnya, pemandu dan penumpang kereta yang merempuh gerai saya juga turut dikejarkan ke hospital untuk mendapat rawatan lanjut. – SM

(Visited 218 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button