NasionalRencana

Lelaki Gemar Berpakaian Putih Dikategorikan Sebagai Peramah & Berkeyakinan Tinggi

Memilih pakaian berwarna putih boleh menjadi penanda aras bagaimana rupa karakter dalaman kita sebagai manusia tidak kiralah sama ada lelaki mahu pun wanita.

Dalam satu kajian mengenai individu yang pernah ditemui, terdapat sekumpulan responden memberi jawapan yang hampir serupa dan masing-masing ada hujah tersendiri.

Antaranya apabila ditanya persepsi mereka tentang individu yang gemar memilih pakaian berwarna putih, rata-rata menjawab kumpulan ini adalah jenis mudah didekati.

Ujar seorang pelajar kolej yang menjalani kajian tersebut, Nur Anissa Rahman, 23, dia berpendapat individu yang gemar berpakaian putih mampu serlahkan aura tersendiri.

“Mereka bukan sekadar hanya akan kelihatan seperti seseorang yang sangat peramah malah memiliki sifat luar biasa seperti bersemangat dan berkeyakinan tinggi.

“Walaupun seseorang itu pada zahirnya jenis seseorang yang negatif namun apabila mengenakan pakaian berwarna putih, persepsi orang sekeliling akan berubah,” katanya.

Maka dengan itu, Nur Anissa menegaskan selain berjaya mengubah persepsi orang sekeliling, kumpulan ini tidak perlu susah-susah mencari orang untuk didekati.

“Orang lain akan datang kepada kumpulan ini kerana warna putih itu juga melambangkan sikap keterbukaan dan boleh beradaptasi dengan pelbagai situasi,” katanya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button