Luar Negara

Lelaki ditendang dari restoran kerana makan terlalu rakus

SEORANG lelaki dilarang makan di restoran All You Can Eat, malah ditendang keluar dari restoran itu di Beijing, China.

Lelaki yang gelojoh itu makan terlalu banyak termasuk memakan 1.5 kilogram daging babi.

Menurut laporan Mirror, lelaki itu yang yang dikenali sebagai Kang, berkata dirinya telah didiskriminasi.

“Bukan salah saya, saya boleh makan banyak,” katanya.

Pemilik restoran mengatakan mereka ‘kerugian’ setiap kali Kang datang berkunjung, kerana dia akan makan 1.5kg trotter daging babi dan 4kg udang.

Keseluruhan dulang yang berisi makanan juga dihabiskan olehnya.

Pemilik restoran meluahkan kerugian yang dialami olehnya.

“Setiap kali dia datang ke sini, saya kehilangan beberapa ratus yuan.

“Walaupun dia minum susu soya, dia boleh minum 20 atau 30 botol dan bila di makan kaki babi, dia menghabiskan seluruh dulang.

“Dan untuk udang, selalunya orang menggunakan penyepit untuk mengambilnya, dia sebaliknya menggunakan dulang untuk mengambilnya,”

Tambahnya, Kang tidak menyesal dan berkata bahawa dia tidak pernah membazir makanan.

Kisah ini menjadi tular di media sosial Cina dan ada sesetengah orang mengkritik pemilik restoran. Mereka mengatakan restoran tidak boleh mengadakan acara makan sepuasnya jika mereka tidak boleh mengendali pelanggan seperti Kang.

Kang yang juga sering melakukan live di media sosial, kini telah dilarang makan di Bufet BBQ Makanan Laut Handadi di Changsha, China.

Dia juga telah disenarai hitamkan daripada sebarang acara khas restoran itu pada masa hadapan. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button