Nasional

Lelaki ditemukan maut tersangkut di pokok dokong

SEORANG lelaki berusia 51 tahun yang semalaman tidak pulang ke rumah ditemukan maut dengan tersangkut pada pokok dokong.

Lelaki berkenaan, Mohamad Mat Noor, ditemukan oleh abangnya, Abd Rani, 59, kira-kira jam 8.30 pagi tadi yang keluar mencarinya selepas semalaman tidak pulang ke rumah.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, berkata siasatan awal mendapati, mangsa keluar ke kebunnya untuk memetik buah dokong kira-kira jam 3 petang semalam.

Namun, katanya, sehingga jam 8 malam mangsa masih belum pulang dan pada pagi ini abangnya keluar untuk mencari mangsa ke kebunnya yang jaraknya kira-kira dua kilometer dari rumahnya.

“Pada pagi tadi abang mangsa keluar mencari adiknya di kebun milik keluarga terletak 800 meter dari jalan utama.

“Mangsa ditemui tersangkut pada celah dahan pokok dokong dengan ketinggian kira-kira tiga meter dan baldi buah masih lagi berada di atas pokok itu.

“Abang mangsa kemudian meminta bantuan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang untuk menurunkan mayat adiknya dari atas pokok dokong,” katanya dalam kenyataan hari ini.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button