Jenayah

Alasan alami tekanan: Lelaki pukul wanita di mulut didenda RM2,000

Suspek tidak puas hati mangsa bunyikan hon kereta

SEORANG lelaki berusia 58 tahun dan merupakan pengusaha sebuah restoran  yang menyerang seorang wanita berusia 27 tahun kerana membunyikan hon telah didenda RM2,000.

Dalam satu kenyataan, Ketua Polis Cheras, Mokhsein Mohamed Zon berkata, lelaki itu yang didakwa di mahkamah telah mengaku bersalah menyebabkan kecederaan dengan sengaja, suatu kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Kes ini dipercayai berpunca dari salah faham antara mangsa dan lelaki itu (pada hari Rabu). Lelaki itu ditangkap pada hari yang sama dan didakwa di mahkamah pada 17 Disember (semalam),” kata Mokhsein.

Terdahulu, mangsa yang hanya dikenali sebagai Snow Kwong menyiarkan video serangan itu di sebuah kondominium di Taman Desa Petaling, Petaling Jaya, Selangor di media sosial. Sejak itu ia menjadi viral.

Dia mengatakan bahawa dia mahu memandu ke tempat letak kereta kondominium tetapi dihalang oleh kereta lelaki itu, sebuah Mercedes-Benz berwarna biru tua.

“Saya menunggu beberapa minit sebelum saya mula membunyikan hon dan akhirnya kereta bergerak sehingga saya dapat meletakkan kenderaan saya,” katanya.

Tetapi setelah meninggalkan keretanya, mangsa didatangi oleh lelaki yang bertanya, apakah dia orang yang membunyikan hon dan mengakui melakukannya, suspek menyerangnya.

“Tanpa amaran, dia menarik rambut dan terus memukul kepala dan muka saya. Saya ketakutan dan berlari ke belakang sebuah kereta untuk bersembunyi kerana saya bersendirian dan tidak berdaya, ” katanya sambil menambah, dia berjaya memanggil ayahnya untuk meminta pertolongan.

“Oleh kerana pukulan, mulut dan gusi berdarah teruk kerana saya memakai pendakap gigi. Kesan pukulan di kepala membuatkan saya sakit kepala dan bengkak,” ujarnya.

Mangsa menghubungi polis dan sementara menunggu ketibaan pihak polis seorang pengawal keselamatan menahan suspek di tempat letak kereta.

Mangsa mendakwa lelaki itu membawa parang yang diselitkan di belakang seluarnya dan berkongsi foto yang menunjukkan sisipan senjata tersebut di bahagian belakang suspek.

“Tetapi lelaki itu membuang parang berkenaan ketika polis tiba,” kata mangsa.

Setelah membuat laporan  polis, mangsa mengatakan anak lelaki suspek meminta maaf bagi pihak bapanya dan meminta mangsa agar  tidak mendakwa suspek atas alasan, suspek mengalami tekanan.

“Apakah itu bererti sesiapa saja boleh memperlakukan orang lain sesuka hati jika mereka mengalami tekanan?

“Bagaimana jika polis tidak tiba tepat pada waktunya? Apa yang akan dia lakukan dengan parang yang disembunyikan di belakang pinggangnya?” soal mangsa. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button