Lelaki Amuk Pecah Pintu Parlimen dengan Kapak
Tingkahlaku aneh semenjak berlakunya tempoh kuarantin yang tidak habis-habis sering saja menjadi tajuk-tajuk utama media pada hari ini.
Di Wellington, seorang lelaki dipercayai menghancurkan beberapa pintu utama yang diperbuat daripada kaca di parlimen New Zealand dengan menggunakan sebilah kapak tanpa sebab musabab yang munasabah.
Lelaki tersebut dikatakan bukan cuba untuk memecah masuk bangunan itu dengan memecahkan pintu kaca dalam kejadian pada hari Rabu, 13 Januari.
Pihak polis memberi kenyataan bahawa mereka bergegas ke tempat kejadian pada jam 5.30 pagi (waktu New Zealand) setelah menerima laporan berkenaan lelaki yang membawa kapak.
Seorang lelaki berumur 31 tahun ditahan dalam kejadian tersebut.
“Lelaki itu menyebabkan beberapa kerosakan pada panel kaca tetapi bukan bertujuan untuk memasuki bangunan,” kata salah seorang pihak polis yang terlibat.
Seramai 120 ahli parlimen New Zealand ketika ini sedang mengambil cuti musim panas dan ada beberapa orang di bangunan itu pada masa itu.
Lelaki yang ditahan telah dikenakan hukuman atas kesalahan melakukan kerosakan dengan sengaja dan memiliki senjata yang tidak dibenarkan.
Sekiranya didapati bersalah, dia boleh dipenjara hingga tujuh tahun.