Sukan

Legenda Liga Perdana Lee Sharpe Sertai Cabaran Hole-in-One di Ekspo Golf Johor 2024

GELANG PATAH, Johor – Ikon bola sepak dan idola era 90-an, Lee Sharpe, yang terkenal dengan aksi hebatnya bersama Manchester United, England, Leeds United, dan pasukan lain, bakal membuat penampilan istimewa di Ekspo Golf Johor 2024 (JGE 2024).

Acara yang dinanti-nantikan ini akan diadakan di Kelab Golf Senibong, di mana Sharpe akan mengetuai Cabaran Hole-in-One, salah satu acara menarik dalam pelbagai aktiviti yang disediakan sempena JGE yang pertama kali diadakan.

Sharpe, yang telah bermain lebih daripada 400 perlawanan bola sepak profesional serta memenangi pelbagai kejuaraan termasuk tiga gelaran Liga Perdana, dua Piala FA, dan Piala Liga sepanjang karier gemilangnya di Manchester United, kini berjaya mencipta nama dalam dunia golf.

Selepas bersara daripada bola sepak pada tahun 2003, Sharpe beralih kepada golf profesional dan mula bertanding dalam kejohanan pada tahun 2021. Kini dikenali sebagai pengulas sukan bola sepak antarabangsa, kehadirannya di JGE dijangka menarik perhatian peminat bola sepak dan golf.

Jadual Aktiviti Lee Sharpe di JGE 2024 (18 October, 2024 (Jumaat):

12:00 tengah hari: Ketibaan di Ekspo Golf Johor, diikuti sesi Meet & Greet bersama peminat selama 30 minit.
1:30 petang: Penyertaan dalam Cabaran Hole-in-One di Kelab Golf Senibong.
5:15 petang: Kehadiran di Majlis Pembukaan JGE 2024, diikuti sesi Meet & Greet serta sesi fotografi.
6:30 petang: Sesi Storytelling/Q&A Eksklusif, di mana Sharpe akan berkongsi kisah dari karier bola sepaknya yang cemerlang dan perjalanannya dalam dunia golf.

Selain menyertai Cabaran Hole-in-One, peminat juga berpeluang untuk berjumpa dengan legenda bola sepak ini, bergambar bersamanya dan mendapatkan autograf semasa majlis pembukaan rasmi JGE 2024.

Penampilan Lee Sharpe di JGE 2024 dibawakan oleh World Football Legends sebagai sebahagian daripada usaha Champions Golf dan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) untuk mempromosikan golf kepada peminat baharu dan sedia ada di rantau ini. Dengan misi untuk memberi inspirasi kepada pemain muda dan mengukuhkan komuniti golf di Malaysia, JGE 2024 menjanjikan acara yang penuh aksi dan menarik untuk semua.

Inilah peluang terbaik untuk bertemu dengan salah seorang figura bola sepak terkenal yang turut mencipta nama dalam dunia sukan golf dunia.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button