Nasional

Lebih 82,000 kes Covid-19 libatkan kanak-kanak, bawah 18 tahun

SEBANYAK 82,341 kes Covid-19 dikesan dalam kalangan individu berusia bawah 18 tahun bagi tempoh antara 25 Januari hingga kelmarin membimbangkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Menerusi bebenang Twitternya, Dr. Noor Hisham berkata, kes Covid-19 turut membabitkan bayi berusia bawah empat tahun.

Beliau berkata, bagi tempoh sama juga sebanyak 8,237 kes direkodkan yang membabitkan kanak-kanak berusia lima hingga enam tahun.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga merekodkan 26,851 kes dan 27,402 kes, masing-masing bagi individu berusia tujuh sehingga 12 tahun serta 13 hingga 17 tahun,” katanya di Twitter.

Kata Dr. Noor Hisham lagi, virus Covid-19 kini sudah berada dalam komuniti dan kanak-kanak perlu dilindungi dengan mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP).

Orang ramai khususnya golongan ibu bapa adalah dinasihatkan agar tidak membawa anak-anak ke tempat atau kawasan sesak, tempat-tempat awam dan terbuka bagi mengelakkan risiko virus Covid-19. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button