Nasionalpilihan

Lebih 30,000 pemohon terima bantuan tunai RM200 Budi Madani Isnin ini

BANTUAN Budi Madani yang akan disalurkan pada Isnin akan memberi manfaat kepada lebih 30,000 pemohon yang terdiri daripada individu, petani, dan pekebun kecil komoditi.
Itu jumlah yang telah diluluskan untuk menerima bantuan subsidi tunai melalui inisiatif berkenaan pada 10 Jun 2024.
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, bantuan tunai pertama sebanyak RM200 akan disalurkan melalui akaun bank penerima.
Menurut kenyataan itu, penerima tanpa akaun bank boleh menuntut bantuan secara tunai dengan membawa MyKad ke cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Semenanjung Malaysia.
“Pemohon yang berkelayakan masih boleh mendaftar untuk menerima Budi Madani. Permohonan yang dibuat dalam bulan Jun 2024 layak menerima bayaran untuk bulan tersebut dan bulan seterusnya.
“Permohonan yang dibuat selepas bulan Jun 2024 hanya layak menerima bayaran yang bermula pada bulan Julai 2024 dan tidak akan mendapat bayaran untuk bulan Jun 2024,” jelas kenyataan itu.
BUDI MADANI adalah usaha kerajaan untuk memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan layak di mana ia terbahagi kepada bantuan individu (BUDI Individu), petani serta pekebun kecil (BUDI Agri-Komoditi) selain syarikat dan kenderaan pengangkutan (MySubsidi Diesel).
Di bawah Belanjawan 2024, kerajaan komited untuk menyasarkan semula subsidi bahan api bagi mengekang aktiviti penyeludupan, penyelewengan dan ketirisan subsidi rakyat. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button