Ekonomi

Lebih 12,000 pelajar menikmati manfaat #DIY4UM

Lebih 12,000 pelajar dari Universiti Malaya telah menikmati fasa peralihan yang lebih selesa untuk meneruskan kembali pengajian di kampus, hasil inisiatif #DIY4UM.

Usaha sama antara MR D.I.Y. Group (M) Berhad (MR D.I.Y.), Touch ‘n Go Group (Touch ‘n Go), dan Universiti Malaya (UM), #DIY4UM menyaksikan penjual barangan pembaikan rumah terbesar di Malaysia MR D.I.Y., mengagihkan lebih RM3.6 juta untuk membantu para pelajar membuat persiapan untuk kembali ke kampus.

Di bawah #DIY4UM, setiap pelajar UM menerima bantuan tunai berjumlah RM300, untuk digunakan bagi membeli barangan keperluan harian dan peralatan pembelajaran.

Dana  tersebut diagihkan melalui e-dompet Touch ‘n Go dalam tiga bayaran sama rata sepanjang bulan November dan Disember 2021.

Pada majlis yang diadakan semalam bagi menandakan berakhirnya program bantuan #DIY4UM,

Ketua Pegawai Eksekutif MR D.I.Y., Adrian Ong berkata “Pengasas kami, Encik Tan Yu Yeh, adalah alumni universiti ini, dan yang selama ini, telah membantu kami memulakan serta menjayakan pelbagai program yang bermanfaat buat universiti, khususnya buat para pelajar dan komuniti yang terlibat.

“Hasrat beliau, dan visi kami, supaya program seumpama ini dapat turut merangsang organisasi lain agar bersama berganding bahu untuk membantu rakyat Malaysia menghadapi masa yang sukar ini.”

“Kami juga tahu bahawa salah satu kumpulan yang paling teruk terkesan adalah pelajar universiti. Kami menyedari, apabila pelajar mula kembali ke kampus selepas pandemik, ramai yang memerlukan bantuan untuk memastikan mereka dilengkapi dengan keperluan harian, bahan pembelajaran dan barangan pelindung diri.

“Bagi memastikan peralihan balik ke kampus berjalan lancar dan tanpa masalah, kami memutuskan untuk melancarkan inisiatif #DIY4UM,” kata Ong.

Tambah Ong, “Kami menerima sokongan Touch ‘n Go untuk inisiatif ini, dan mereka membantu menguruskan pengagihan bantuan melalui platform e-dompet Touch ‘n Go.

“Kami berterima kasih dan amat menghargai usaha pasukan Touch ‘n Go yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Effendy Shahul Hamid, kerana bertungkus lumus bekerjasama dengan pasukan kami bagi menjadikan proses pengagihan tunai berjalan lancar dan efektif.”

Selain sumbangan tersebut, 11,000 pelajar terawal yang menggunakan dana tersebut layak menerima pulangan tunai RM10 apabila berbelanja minimum RM20 menggunakan e-dompet Touch ‘n ‘Go di cawangan-cawangan Kumpulan MR D.I.Y., laman dalam talian MR D.I.Y. di www.mrdiy.com.my serta program mini MR D.I.Y. yang boleh didapati dalam e-dompet Touch ‘n ‘Go.

Ong juga merakamkan penghargaannya buat pasukan Universiti Malaya kerana memastikan setiap pelajar yang layak, mendaftar untuk program bantuan tersebut.

Mengulas tentang inisiatif bantuan itu, Effendy Shahul Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Touch ‘n Go Group berkata, mereka telah menjalankan beberapa inisiatif usaha sama strategik bersama MR D.I.Y. dan  amat berpuas hati melihat ia diperluaskan lagi ke bidang bukan komersial.

“Kami juga berbesar hati untuk mengambil bahagian dalam program ini dan diharapkan agar ia dapat memberi motivasi kepada para mahasiswa/i UM untuk berusaha mencapai kejayaan yang lebih hebat dalam pengajian mereka.”

Mengalu-alukan inisiatif yang bermakna oleh dua jenama ikonik Malaysia itu, Naib
Canselor Universiti Malaya, Profesor Datuk Dr. Mohd Hamdi Abd Syukor mengucapkan ribuan terima kasih bagi pihak UM kepada MR D.I.Y. atas kemurahan hati mereka untuk memberi sumbangan yang membolehkan para pelajar membeli barangan keperluan sebelum memulakan semester baharu.

“Nilai RM300 mungkin kecil buat sesetengah pihak, namun bagi 12,000 pelajar kami, ia merupakan bantuan yang amat mereka hargai.

“Dengan adanya Touch ‘n Go yang menjadikan proses tuntutan oleh para pelajar kami begitu mudah, serta  promosi tambahan yang diberikan, bantuan ini amat bermakna.

“Sekali lagi, terima kasih kami ucapkan kepada MR D.I.Y. dan Touch ‘n Go,” katanya.

Wakil Pelajar dari Universiti Malaya, Wan Afiq Ikhwan Wan Alias berkata, “Ada di antara kami yang mengalami kesukaran untuk membuat persiapan menghadapi semester baru. Bantuan #DIY4UM ini datang tepat pada waktunya dan meringankan beban kami.

“Kami bersyukur atas bantuan yang diberikan MR D.I.Y. kerana ia membantu kami membeli barangan yang diperlukan bagi tujuan pembelajaran. Stres sudah pun hilang; kini masanya untuk kami meneruskan pengajian dan memberi sepenuh tumpuan kepada pelajaran.”

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button