Luar Negara

Lebih 100,000 Palestin sembahyang Aidilfitri di Masjid al-Aqsa

TIDAK menghiraukan ancaman daripada tentera Zionis, hampir 100,000 penduduk Palestin berkumpul di Masjid al-Aqsa pada hari Khamis untuk bersembahyang sunat Aidilfitri hari ini.

Terdapat video yang menunjukkan jemaah yang melaungkan “Ya Tuhan, berikan kemenangan kepada Gaza” sambil mengibarkan bendera Palestin dan sepanduk.

Sepanduk besar yang menggambarkan pemimpin pejuang Palestin dari Gaza digantung di hadapan Masjid Al_Aqsa pada hari Khamis pagi.

Ibadah itu dilakukan ketika Israel dan Hamas terus bertukar serangan dengan roket dan bom menghujani kedua-dua wilayah Israel dan Palestine.

Pada hari Khamis pagi, sejumlah penduduk Palestin dilaporkan telah ditangkap selepas mereka didakwa menyerang seseorang di Kota Lama Jerusalem. Mangsa tidak memerlukan rawatan perubatan.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button