Berita

PBB perlu lindungi Palestin – Maza

Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin berkata, Pertubuhan Banga-Bangsa Bersatu (PBB) sepatutnya menggunakan kuasa yang ada bagi menghentikan serangan Israel ke atas penduduk Palestin.

Bagaimanapun, kata beliau, setakat ini amat mengecewa kerana pertubuhan dunia itu gagal bertindak sewajarnya.

“Tahniah kepada penduduk Palestin kerana tidak tunduk kepada kekejaman dan kezaliman serta terus berjuang mempertahankan tanah air mereka,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Aidilfitri di kawasan lapang Istana Arau.

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenaan berangkat menunaikan solat Aidilfitri bersama-sama rakyat di dataran istiadat, pekarangan Istana Arau.

Sejak Isnin lalu Israel telah melancarkan serangan udara ke Semenanjung Gaza menyebabkan orang awam terkorban termasuk kanak-kanak.

 

(Visited 102 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button