Nasional

Lawatan mengejut PM ke Pusat Penjaja MADANI

TERKEJUT! Semestinya para peniaga yang berniaga di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pagi tadi terkejut menerima kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Awal pagi tadi, Perdana Menteri Anwar telah hadir ke  Pusat Penjaja MADANI di Jalan Tunku Abdul Rahman (Jalan TAR), Kuala Lumpur.

BERTUAH Pyan Habib bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melawat Pusat Penjaja MADANI di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, pagi tadi. – GAMBAR FACEBOOK

Kunjungan Anwar ke situ adalah bagi meninjau inisiatif yang merangkul kerjasama antara Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Ia bertujuan bagi memperindah serta memberi keselesaan kepada peniaga untuk mencari rezeki selain menjadi antara lokasi tarikan pengunjung,” kata Anwar dalam catatannya di Facebook akaun milik beliau, hari ini.

Di bawah inisiatif yang sama, ujar Anwar, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang melaksanakan penyelenggaraan di seluruh 68 pusat penjaja milik DBKL di sekitar ibu kota.

BERSARAPAN pagi bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meluangkan masa awal pagi tadi melawat ke Pusat Penjaja MADANI di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Nasi lemak bungkus menu rakyat Malaysia Madani. – GAMBAR FACEBOOK

“Sambil kita sibuk membangunkan gedung dan mercu tanda, usah kita sisihkan penjaja dan peniaga yang juga mahukan tempat yang selesa beserta kemudahan kepada mereka dan juga pengunjung,” katanya.

Deretan peniaga yang berniaga di Jalan Tunku Abdul Rahman, selain daripada toko-toko atau gedung-gedung pakaian, merupakan destinasi tumpuan pengunjung dalam dan luar negara untuk membeli belah.

WALAUPUN dikawal ketat oleh pengawal peribadi, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyapa para peniaga ketika lawatan ke Pusat Penjaja MADANI di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, hari ini. – GAMBAR FACEBOOK

Tidak semestinya pengunjung akan ke pusat membeli belah yang gah tetapi Jalan Tuanku Abdul Rahman akan sentiasa dipenuhi pengunjung terutamanya di hujung minggu.

Bulan Ramadan juga adalah tempoh waktu paling ‘sesak’ dengan pengunjung yang membeli belah bukan sahaja pakaian tetapi barang-barang keperluan.

PM pilihan rakyat Malaysia Madani. – GAMBAR FACEBOOK

Tidak hairanlah kerajaan perpaduan pimpinan PMX Anwar mementingkan kesejahteraan rakyat Malaysia Madani. – SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button