Nasional

Laung azan dua minit awal, pengurusan masjid mohon penduduk ganti puasa

PIHAK pentadbir Masjid Jame’ Badlishah Pekan Yan memohon maaf atas kesilapan melaungkan azan Maghrib, dua minit sebelum masuk waktu sebenar pada Khamis, 30 Mac 2023.

Timbalan Pengerusi masjid itu, Ahmad Nasir berkata, kesilapan itu disebabkan masalah teknikal paparan digital waktu azan di masjid.

Beliau berkata, puasa jemaah yang bergantung semata-mata kepada laungan azan Maghrib dari masjid tersebut untuk berbuka telah terbatal dan perlu diganti atau diqada. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button