JenayahNasional

Laporan liwat: Buang masa – IGP

LAPORAN mengenai kes liwat dipercayai membabitkan seorang pemimpin politik pembangkang mendatangkan rasa tidak senang kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Ini kerana dipercayai kes tersebut melibatkan seorang figura politik berprofail tinggi yang pernah dihadapi beliau sebelum ini.

Kes pertama adalah melibatkan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Bagaimanapun, kes tersebut dikatakan tidak dapat diteruskan berikutan video yang tular itu beresolusi rendah dan sukaruntuk mengenalpasti identiti pelaku.

“Ini membuang banyak masa. Tetapi oleh kerana satu laporan polis dibuat dan satu keras siasatan dibuka.

BACA > Autonomi UMNO Sabah lakukan rundingan pembahagian kerusi – Suara Merdeka

“Rimas, rimaslah saya dalam hal-hal macam ini.”

Begitu luahan Abdul Hamid seperti dipetik laporan portal Malaysiakini hari ini.

Laporan liwat yang dinyatakan dipercayai berkaitan dengan satu akuan bersumpah (SD) yang dibuat oleh seorang lelaki.

SD bertarikh 29 Julai itu dibuat seorang lelaki berhubung pengakuannya pernah melakukan hubungan songsang bersama seorang ahli politik terkemuka.

Dalam SD tersebut lelaki berkenaan menjelaskan secara terperinci mengenai hubungan yang dilakukan di empat buah hotel berbeza lokasi.

BACA > Peluang Anwar jadi PM sudah berakhir – Suara Merdeka

SD tersebut kemudian diakui Pesuruhjaya Sumpah berkenaan sebagai dokumen yang ditandatanganinya.

SD itu sebelum ini tular apabila gambarnya dimuat naik dan dipetik beberapa agensi media dan blog.

Dalam pada itu, Abdul Hamid menambah, kenyataan Pesuruhjaya Sumpah terbabit telahpun diambil Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Terdahulu, video yang membabitkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu tular ketika krisis berlaku antara beliau dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain itu, terdapat laporan mengenai serangan seksual dipercayai melibatkan figuran politik turut diterima pihak polis.

BACA > Polis siasat akuan bersumpah berkaitan dakwaan diliwat – Suara Merdeka

Namun kes tersebut juga tidak diteruskan kerana kekurangan bukti. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button