Berita

Laporan: KSU Perbendaharaan dicutikan, mungkin digantikan

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Asri Hamidin, dilaporkan diberi cuti dan pegawai baru akan dilantik ke jawatan berkenaan tidak lama lagi.

Menurut laporan berita, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut memegang portfolio kewangan menyatakan dalam sidang akhbarnya semalam, akan ada “KSP” baru akan dilantik.

KSP merujuk kepada akronim bagi ketua setiausaha perbendaharaan.

“Sudah tentu kita akan merujuk kepada pegawai kanan berkaitan dan KSP baru,” katanya seperti dipetik BH Online.

Sidang media tersebut diadakan pada hari pertama dia bertugas sebagai menteri kewangan.

Sementara itu The New Straits Timespula melaporkan Asri ‘hilang’ dari sidang media berkenaan dan difahamkan pegawai kanan terbabit diberikan cuti.

Tidak jelas mengapa Asri perlu diganti dan siapa yang akan dilantik sebagai KSP baru.

Sementara itu, semasa sidang media semalam, Anwar berkata dia akan membincangkan mengenai peranan penasihat khasnya yang diketuai bekas presiden Petronas, Tan Sri Mohd Hassan Marican.

“Saya perlu berbincang dengan Tan Sri Hassan mengenai syarat serta keutamaan,” katanya dipetik BH Online.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button