Luar Negara
Lapan maut ditembak di San Jose, California
LAPAN orang maut dalam satu kejadian tembakan di pekarangan bangunan kereta api California.
Penembak itu bagaimana pun maut selepas dia menembak diri sendiri ketika cuba ditahan oleh polis.
Kejadian berlaku di pusat penyelenggaraan kereta api transit aliran ringan di San Jose, California.’
“Saya boleh sahkan bahawa enam mangsa disahkan maut dan terdapat seorang suspek yang turut maut,” kata Timbalan Sherif Santa Clara, Russel Davis.