Nasional

Langkah permulaan tamatkan jangkitan Covid-19

PROGRAM Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini merupakan permulaan bagi menamatkan penularan pandemik itu di negara ini.

Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ini adalah ikhtiar paling penting untuk membendung pandemik tersebut..

“Satu sinar harapan dan langkah permulaan penamatan penularan jangkitan COVID-19 dengan pelancaran Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan pada hari ini. Insya-Allah.

“Ini adalah antara ikhtiar kita bersama dan semoga kita semua dilindungi. Amin,” katanya di Twitter.

PICK bermula secara rasminya hari ini dengan  apabila Muhyiddin menjadi individu pertama di negara ini menerima vaksin itu pada kira-kira pukul 3 petang tadi.

Ia akan dilaksanakan dalam tiga fasa dan telah diawalkan  dua hari berbanding jadual asal sepatutnya pada Jumaat ini.

Untuk fasa pertama lebih 500,000 anggota barisan hadapan akan menerima vaksin berkenaan yang akan berlangsung hingga April depan.

Sebanyak 312,390 dos vaksin Pfizer-BioNTech telah tiba di negara ini pada Ahad lalu dengan sebahagian dibawa ke Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, sementara sebahagian lagi ke Johor.

Vaksin berkenaan dibawa dari Singapura yang menjadi hab pengagihan vaksin Covid-19 ke negara-negara Asia Pasifik.

Malaysia sehingga kini telah merekodkan kira-kira 286,000 kes jangkitan Covid-19 dengan 253,000 kes pulih manakala 1,062 kematian direkodkan sejak pandemik itu ‘melanggar’ negara Februari tahun lalu. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button