Hiburan

Makan durian beramai-ramai, Jamal Abdillah minta maaf

PENYANYI lagenda tanah air, Datuk Jamal Abdillah meminta maaf kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Menurut Jamal atau nama sebenarnya, Jamal Ubaidillah Mohd Ali, 62, perbuatan itu tidak disengajakan dan berlaku ketika berada di Kampung Poh, Bidor, Perak pada Jumaat lalu.

“Saya ke sana untuk menguruskan baja kolam ikan yang saya sedang usahakan di Bukit Merah dan secara kebetulan, ada rakan yang ajak makan durian di dusuan mereka.

“Saya cuma memenuhi pelawaan dan singgap sekejap sahaja dan tidak menjangka tidakan saya itu mendapat perhatian orang kampung.

“Tambahan pula di situ ada set karaoke. Jadi sambil makan secara percuma tu, saya nyanyilah lagi sebagai balasan,” katanya.

Semalam, tular di meda sosial berkaitan gambar Jamal bersama beberapa individu lain yang sedang makan durian dan berkaraoke.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail pula dilaporkan berkatan yang siasatan sedang dijalankan berkaitan kes tersebut.

Malah, Jamal juga telah hadir memberi keterangan kepada pihak berkuasa pada petang semalam. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button