Luar Negara

Lagu ‘samba’ redakan tekanan COVID-19 di Brazil

BEBERAPA pemuzik yang tinggal di sebuah kota kecil di Rio de Janeiro, Brazil, berusaha mengurangkan tekanan akibat COVID-19 di kota itu dengan mengadakan konsert percuma untuk penduduk setempat.

Ahli kumpulan “Tempero de Criola” memainkan pelbagai lagu berentak rancak termasuk lagu tradisional Brazil, berentak samba di atas bumbung sebuah bangunan di Turano Favela petang semalam.

Penduduk yang berada di sekitar kawasan itu melihat persembahan daripada tingkap rumah dan balkoni malah ada yang menontonnya dalam skrin televisyen dari dalam talian.

Tiago de Almeida, ahli muzik yang tinggal di kawasan itu berkata, sasaran mereka adalah untuk membantu penduduk mengurangkan tekanan akibat pandemik itu.

Konsert itu adalah antara siri konsert tidak rasmi diadakan pelbagai pemuzik sepanjang wabak COVID-19 menyerang negara itu.

Data terkini menunjukkan Brazil merekodkan lebih sejuta kes positif COVID-19, negara kedua yang mencatat angka itu selepas Amerika Syarikat.

Setakat ini, lebih 50,000 kematian dicatatkan di negara berkenaan. – Agensi / SUMBER ASTRO AWANI

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button