NasionalNegeri

Lagi Insiden Diserang Anjing Semasa Sedang Bekerja, Kali Ini Pembaca Meter TNB Pula!

Seorang pembaca meter elektrik TNB, dilaporkan cedera selepas digigit anjing ketika bertugas di Jalan Api-api 1, Taman Megah Ria, Johor Bahru, tengahari semalam.

Ketika kejadian mangsa dipercayai telah diterkam oleh anjing yang meluru keluar apabila pintu pagar kecil dibuka oleh cucu pemilik rumah tersebut.

Mangsa dan anak pemilik anjing telah bergelut dengan anjing tersebut untuk beberapa minit sebelum anjing melepaskan gigitan.

Mangsa kemudiannya meminta bantuan di dalam grup whatsapp dengan menghantar gambar telah digigit anjing sebelum dibawa mendapat rawatan.

Setelah rawatan di sebuah klinik berdekatan kemudiannya menasihatkan mangsa untuk membuat xray kerana mendapati lengan tangan kanan bengkok dikhuatiri retak / patah semasa kejadian bergelut.

Mangsa mengalami luka akibat gigitan di lengan tangan kanan yang agak serius, beberapa kesan gigitan di siku kiri dan ibu jari tangan kanan, luka di ibu jari kaki kiri.

Beliau telah dibawa ke HSI untuk membuat xray dan rawatan lanjut. Mangsa akan membuat laporan polis setelah selesai mendapat rawatan di HSI.

Kredit : Voice

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button