Bola SepakSukan

La Liga kekal diteruskan tanpa penonton

SELEPAS tiga bulan tertangguh, La Liga akan kembali pada 11 Jun ini tanpa kehadiran penonton.

Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez berkata semua kelab perlu patuh pada arahan atau liga tersebut akan ditangguhkan kembali.

Menurutnya, terdapat permintaan daripada kelab/penganjur untuk membenarkan kehadiran penonton walaupun dalam keadaan yang sedikit dan terkawal.

“Menteri Kesihatan dan persatuan sukan sudah bermesyuarat dan mencapai kata sepakat berkenaan hal ini.

“Saya rasa semuanya adil jika benarkan liga beraksi tanpa sebarang penonton di mana-mana stadium,” katanya seperti dilaporkan portal bola sepak, as.

Pasukan terkemuka seperti Barcelona akan mula beraksi pada 13 Jun mententang Mallorca manakala Real Madrid menentang Elbar pada 14 Jun.

Selain La Liga, liga bola sepak German, Bundesliga turut mengambil langkah sama dengan membuka perlawanan liga tanpa penonton di stadium.

Sepanyol setakat semalam mencatatkan 240 kes baru dengan satu kematian.

Beberapa bandar besar seperti Barcelona dan Real Madrid juga sudah mula melonggarkan sedikit syarat kawalan memandangkan kes harian yang semakin menurun. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button