Politik

Pendedahan mengejutkan campur tangan politik kes AMLA

PENDEDAHAN oleh Malaysia Today hari ini sangat mengejutkan kerana secara terang-terangan terdapat campur tangan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri ketika itu dan Lim Guan Eng sebagai menteri kewangan membabitkan urusan pelepasan aset-aset Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

Campurtangan pelepasan aset-aset taikun hartanah Tan Sri Lim Soon Ping di bawah AMLA ini mengesahkan bahawa perundangan negara tidak bebas daripada campur tangan politik.

Persoalan yang timbul kini tuduhan membabitkan politik UMNO seperti yang dihadapi oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah bersifat politik dan mala fide.

Dikhuatiri kerajaan PH menjadikan AMLA sebagai alat untuk menganiaya musuh politik.

Untuk mengetepikan terus dan mengelak curiga pertuduhan terhadap Ahmad Zahid tanpa campur tangan politik ia semakin sukar.

Surat-surat itu jelas menunjukkan bahawa Peguam Negara, Tommy Thomas seakan-akan memberi taklimat kepada Guan Eng.

Ini juga jelas menunjukkan bekas peguam negara itu taat setia kepada ‘political masters’ berbanding dengan Perlembangan seperti sepatutnya seorang penjawat jawatan tersebut.

Ini selaras dengan pengakuan Tommy sendiri dalam kenyataannya berkenaan kes anak tiri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz yang kata beliau setia kepada pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Persoalannya jika pelepasan harta dan pembekuan taikun ini pun di minit oleh perdana menteri dan Tommy memberi taklimat kepada Guan Eng, apakah kes membabit Ahmad Zahid turut berjalan sedemikian.

Nampaknya tidak mustahil! Sekarang ini dah jelas memang ada campur tangan penglibatan politik dalam pendakwaan sesuatu kes.

Kronologi Kes dan Arahan:

1. 26.10.2018: Peguam Tan Sri Lim Soon Ping (TSL) menulis kepada KP SPRM (pada waktu itu Dato’ Sri Shukri Abdull) untuk lepaskan pembekuan semua akaun peribadi dan syarikat TSL (salinan dilampiran).

2. Salinan surat diberi kepada Tun Dr Mahathir Mohamad (TDM).

3. 05.12.2018: TDM minitkan surat dari Lim Guan Eng (LGE), dan berpendapat TSL “tidak boleh dipersalahkan” pembekuan akaun peribadi dan syarikat TSL tidak boleh dikekalkan” (minit TDM dalam lampiran).

4. 19.02.2019: Surat Peguam TSL diterima oleh LGE dan beliau minitkan Peguam Negara Tommy Thomas (AG TT) arah pelepasan akaun-akaun itu dengan merujuk kepada minit TDM.

5. 31.05.2019: LGE tulis surat rasmi kepada AG TT mengarahkan akaun TSL dilepaskan daripada pembekuan;

6. 14.06.2019: AG TT menulis kepada LGE memaklumkan status kes dan arahan beliau kepada SPRM melepaskan pembekuan akaun2 TSL (salinan dilampirkan).

 

 

(Visited 931 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button