Nasional

KWSP: B40, M40 adalah golongan memerlukan

GOLONGAN B40 dan M40 dilihat adalah yang memerlukan dan paling terkesan dalam menghadapi tekanan ekonomi akibat krisis pandemik sejak Mac lalu.

Malah, ada dalam kalangan golongan tersebut juga sudahpun diberhentikan kerja sebelum pandemik melanda lagi.

Masalah sedemikian menyebabkan mereka sukar mendapat pekerjaan baharu susulan hampir semua sektor ekonomi terjejas dan mengambil langkah merasionalisasikan perniagaan masing-masing.

Perkara itu perlu dilihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam membenarkan semua golongan B40 dan M40 mengeluarkan simpanan dalam Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Sebaliknya, tidak menfokuskan kepada golongan sasar semata-mata, sedangkan rakyat secara keseluruhan menerima impak pandemik yang melanda global.

Muhyiddin wajar meneliti keperluan tersebut apabila memaklumkan bersetuju mengkaji saranan pengeluaran dana daripada Akaun 1 KWSP.

Kebenaran pengeluaran kepada golongan benar-benar memerlukan

“Saya telah berbincang dengan Kementerian Kewangan dan kita pada dasarnya bersetuju dan bersedia untuk mengkaji cadangan bagi pencarum yang benar-benar memerlukan untuk mengeluarkan peruntukan daripada Akaun 1.”

Demikian kata Muhyiddin dalam satu temubual bersama media di Bangunan Perdana Putra, menjelang pembentangan Belanjawan 2021 Jumaat (6 November) ini.

Penelitian itu juga perlu dinilai berdasarkan tujuan kebenaran kepada rakyat untuk mengeluarkan simpanan Akaun 2 KWSP melalui i-Lestari selama setahun sejak April lalu.

BERSATU
MUHYIDDIN YASSIN

Kerajaan ketika itu dikatakan berhasrat memastikan rakyat mempunyai kuasa membeli ketika menjangkakan negara akan berhadapan dengan tekanan ekonomi yang besar akibat pandemik Koronavirus (Covid-19).

Begitu juga dengan kemudahan moratorium pinjaman secara terbuka yang diberikan selama enam bulan sehingga September dan bersasar sehingga Disember.

Bagaimanapun, pandemik tersebut masih belum berakhir dan gelombang ketiga pula lebih besar penularannya berbanding peringkat awal pada Mac lalu.

Namun, Muhyiddin bagaimanapun berkata pengeluaran KWSP tidak dapat menyelesaikan masalah aliran tunai semua pencarum.

Tidak semua pencarum ada simpanan lebih RM5,000

Menurut beliau, terdapat peratusan tertentu kepada pencarum yang mempunyai simpanan kurang daripada RM5,000 dan RM1,000.

“Ada yang mempunyai caruman yang kurang daripada RM1,000. Oleh itu simpanan KWSP ini tidak semestinya dapat menangani  masalah aliran tunai pencarum.

“Jika mereka keluarkan, mereka tidak akan mempunyai sebarang simpanan bagi masa depan.

“Namun, kerajaan sentiasa bersedia untuk mengkaji cadangan untuk membantu rakyat yang menghadapi kesusahan dan yang benar-benar memerlukan,” ujarnya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button