Luar Negara

Trump dakwa menang, tuduh wujud penipuan dalam pemilihan Presiden

PEMILIHAN Presiden Amerika Syarikat (AS) yang sedang berlangsung didakwa mempunyai unsur penipuan dan akan dibawa ke Mahkamah Agung negara itu.

Unsur penipuan itu didakwa dilakukan oleh Joe Biden yang merupakan calon presiden daripada Parti Demokrat yang berusaha menamatkan pemerintahan Donald Trump.

Justeru, hal berkenaan dilapor akan dibawa ke Mahkamah Agung negara itu dan mengisytihar Trump yang merupakan calon dari Parti Republik sebagai pemenang.

“Ini adalah penipuan terhadap masyarakat Amerika, ini memalukan negara kita.

“Kami bersiap untuk memenangi pilihan raya ini, terus terang, kami memenangi pilihan raya ini.


“Kami akan pergi ke Mahkamah Agung AS. Kami ingin semua pengundian dihentikan.

“Kami tidak mahu mereka mencari surat suara pada pukul 4 pagi dan menambahkannya ke dalam senarai.”

Biden masih mendahului Trump

Demikian kata Presiden AS yang ke-45 itu ketika berucap di White House pada pukul 4 pagi waktu tempatan dan mengisytihar dirinya menang dalam pemilihan semula itu.

JOE BIDEN

Bagaimanapun, pelbagai agensi berita AS dan antarabangsa memaklumkan, setakat pada pukul 4.56 petang waktu Malaysia, Biden mengekalkan status mendahului Trump dengan sokongan 238 perwakilan.

Berbanding Trump, beliau hanya memerlukan 32 lagi undian daripada Senat untuk memenangi pemilihan itu dan menjadi Presiden AS yang ke-46.

Sementara Trump pula sekadar memperoleh 213 sokongan perwakilan dan masih menunggu beberapa keputusan di lima negeri seperti Wisconsin, Michigan, North Carolina, Georgia dan Alaska.

Menang di Pennsylvania

Trump bagaimanapun mengisytiharkan beliau memenangi kawasan Pennsylvania dengan kelebihan 14 mata selepas 64 peratus pungutan undi dikira.

“Kami memenangi segalanya, dan tiba-tiba, ia dibatalkan. Hasilnya malam ini sangat luar biasa.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakyat Amerika atas sokongan mereka yang luar biasa: berjuta-juta.

“Berjuta-juta orang memilih kami malam ini, dan sekumpulan orang yang sangat sedih berusaha untuk melepaskan hak kumpulan itu

“Yang paling penting, kami memenangi Pennsylvania dengan jumlah undi yang besar,” dakwanya. – SM

(Visited 92 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button