NegeriRencah Hidup

Kurma “butter salt” disaingi kurma belimbing buluh, cili padi?

Kurma belimbing buluh boleh dicuba bagi peminat yang menyukai masam-masam. – Gambar FB

KURMA “butter salt” memang viral sempena bulan Ramadan kali ini. Semua berlumba-lumba untuk mencuba makanan viral ini.

Ada yang mengaku sedap sehingga bagi markah 10/10, ada yang menganggap rasanya biasa saja.

Ada berani mencuba Kurma Cili Padi?. – Gambar FB

Tidak cukup itu ada yang menambah lagi bahan-bahan bukan “butter salt” sahaja. Lebih enak kalau ditambah dengan bahan kekacang seperti almond, pistachio dan sebagainya.

Apapun ikut selera masing-masing asalkan tidak membawa mudarat kepada diri. Ini kerana ada yang mendakwa tidak baik untuk kesihatan kerana penambahan lemak menerusi “butter salt”.

Kesan viral ini juga muncul tambahan bahan lain yang agak pelik dan menggelikan hati.

Bagaimanapun boleh dicuba bagi yang berani.

Sanggupkan makan kurma dengan buah belimbing buluh atau cili padi.

Pelbagai kekacang boleh diletakkan bersama “butter salt” bagi kelainan rasa. – Gambar FB

Satu masam yang amat dan satu lagi pedas berdengung.

Tepuk dada tanya selera, selamat menunaikan ibadah puasa untuk pembaca setia SM. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button