Nasional
Kurang 1% vaksinasi dewasa untuk rentas negeri
MUNGKINKAH rakyat Malaysia akan dibenarkan untuk merentas negeri dua tiga hari lagi?
Ini berikutan tinggal hanya tinggal 0.9 peratus untuk mencapai 90 peratus populasi dewasa lengkap divaksin Covid-19 bagi membolehkan sempadan antara negeri dibuka.
Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) sehingga semalam 89.1 peratus atau 20.856 juta populasi dewasa telah lengkap menerima dua dos vaksin.
Sementara 94.6 peratus atau 22.153 juta penduduk dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.-SM