Hiburan

Lagu Squid Game pilihan Ebit Liew

PANDAI Ebit Liew mencuri tumpuan khalayak yang mana kali ini dia menggunakan lagu dari drama bersiri Netflix, Squid Game, sebagai bunyi latar dalam video Ebit Liew.

Gurauan salah seorang netizen, “Allahhu terkejut buka IG background music…”

“Lain macam backsound,” tulis seorang lagi netizen dengan catatan yang lebih cenderung kepada gurauan.

Ebit menerusi video yang sama, turut berkongsi visual makan sedulang dengan beberapa orang pekerja penghantar makanan.

Semua itu ada dalam IG dan mereka dilihat makan mi goreng dalam bungkusan, menggunakan tangan.


Kapsyen diberi oleh Ebit dalam video yang sama itu ialah menghidupkan sunnah bersama adik grab dan food panda yang baik-baik. Allah sayang kita semua. – SM

(Visited 35 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button