NasionalPendidikan

KUIPs perkenal “fast track”, Micro Credential kepada pelajar tahfiz

KOLEJ Universiti Islam Perlis (KUIPs) bakal memperkenalkan program laluan pantas (fast track) dan Micro Credential kepada pelajar tahfiz.

Rektornya, Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle berkata, laluan pantas dan Micro-Credential ini ditawarkan kepada pembelajaran tertentu mengikut kadar upaya masing-masing sama ada di kampus ini atau mengikutinya secara talian.

Muhamad Rozaimi Ramle menyampaikan cenderamata kepada Zulkifli Md Ghani semasa mengunjungi KUIPs. – Gambar Ihsan KUIPs

“Peluang yang ditawarkan ini membolehkan pelajar tahfiz terutamanya menyambung pengajian di kampus ini mengikut kelayakan mereka,” katanya selepas menerima kunjungan Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Kebajikan At-Tibyan (YKAT) dari Kuantan, Pahang.

Terdahulu beliau menyambut kehadiran delegasi seramai lapan orang yang diketuai oleh Pengerusinya, Datuk Zulkifli Jaafar.

Muhamad Rozaimi berkata, dalam perbincangan dengan YKAT mereka bersetuju untuk melaksanakan beberapa program secara bersama.

Beliau memberitahu, ia termasuk menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA), Memorandum Persefahaman (MoU), menganjurkan kem semasa cuti persekolahan dan beberapa program secara bersama nanti.

Zulkifli ketika ditemui berkata, kunjungan ini membuka ruang dan peluang kepada mereka untuk melaksanakannya secara bersama.

Muhamad Rozaimi berbincang dengan Ahli Lembaga Pengarah YKAT Kuantan yang berkunjung ke KUIPs. – Gambar Ihsan KUIPs

“Melalui perbincangan tadi pastinya beberapa pendekatan akan kami laksanakan segera terutama program laluan pantas (fast track) dan Micro Credential untuk pelajar tahfiz,” ujar beliau.

YKAT merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Kuantan yang bergiat aktif dalam aktiviti kebajikan secara berterusan termasuk menerapkan nilai-nilai agama dan dakwah untuk masyarakat. – SM

BACA 41 pelajar tahfiz Madrasah Miftahul Ulum, Sri Petaling sembuh COVID-19

BACA Transisi Tahfiz lonjak akademik pelajar tahfiz

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button