NasionalNegeri

KUIPs akan terbit buku ‘Isu-Isu Covid-19 Dari Kaca Mata Islam’

Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) akan menerbitkan sebuah buku bertajuk ‘Isu-Isu Covid-19 Dari Kaca Mata Islam’ tidak lama lagi.

Ini rentetan dengan keadaan seluruh dunia yang menghadapi krisis yang serius sehingga memberi kesan yang mendalam terhadap kehidupan sosial dan ekonomi negara.

Dengan itu penerbitan buku yang menekankan tentang situasi yang telah dihadapi oleh semua lapisan masyarakat ini adalah amat disokong.

Demikian dititahkan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Tuanku Canselor KUIPs dan juga merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) selepas berkenan berangkat menyampaikan agihan zakat MAIPs berjumlah RM1,000 kepada Masjid Jamia Vientiane, Laos baru-baru ini.

Sumbangan tersebut diterima oleh imamnya Ustaz Rafi selepas Baginda yang diiringi delegasi Jelajah Ilmu Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) ke Laos juga menunaikan solat jamak zohor dan asar secara berjamaah di masjid terbesar di bandaraya itu.

Hadir sama mengiringi Baginda ialah Penasihat Pertahanan Kedutaan Besar Malaysia Laos, Kolonel Nadzri Che Lah dan Staf Pembantu, Sarjan Muhammad Faiz Taai.

Tuanku Syed Faizuddi bertitah, menerusi perbincangan- perbincangan yang berada di dalam rangkuman buku ini, akhirnya hasrat dan cita-cita semua untuk merealisasikan penerbitan buku ‘Isu-Isu Covid-19 Dari Kaca Mata Islam’ akan dapat tercapai dengan izin Allah SWT’.

Baginda juga bertitah dengan penerbitan buku ini rakyat akan lebih mengenali dan memahami tentang Covid-19 yang melanda seluruh dunia’.

Raja Muda dalam titahnya mengucapkan syabas dan terima kasih kepada Lembaga Pengarah KUIPs Sdn. Bhd., Lembaga Pengarah Universiti serta semua pihak yang terlibat dalam memberikan kerjasama, sumbangan juga buah fikiran ke arah kejayaan penerbitan buku ini kelak dengan harapan semoga pengisian ilmunya yang bermanfaat akan diguna pakai oleh seluruh masyarakat. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button