NasionalPendidikanpilihan

KUIPs akan tawar biasiswa kepada pelajar IOU Gambia

KOLEJ Universiti Islam Perlis (KUIPs) bersedia untuk menawarkan biasiswa kepada pelajar dari International Open University (IOU) Gambia.

Rektornya, Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle berkata, tawaran menawarkan biasiswa ini hanya untuk pelajar terbaik dari IOU selepas mendapat kelulusan dari Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Kedua belah pihak iaitu KUIPs dan IOU berbincang semasa mengadakan kunjung hormat ke Kampus KUIPs di Kuala Perlis, pagi ini. – Gambar Ihsan KUIPs

“Setakat ini ia akan ditawarkan pada peringkat pengajian sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) di mana IOU yang akan membuat pemilihan ke atas pelajar terbaiknya untuk menyambung pengajian di KUIPs,” kata Muhamad Rozaimi.

Sebelum itu beliau menerima kunjung hormat dari Prof Dr Bilal Philips selaku Canselor dan pengasas IOU di Kampus KUIPs di Kuala Perlis, pagi ini.

Tokoh ilmuan dan pendidikan ini mengadakan kunjungan hormat dan perbincangan dua hala antara KUIPs dan IOU dalam perbincangan untuk Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian (MoA) yang membabitkan kedua universiti ini.

Terdahulu Dr Philips juga diberikan taklimat mengenai kampus KUIPs sebelum menerangkan pula mengenai kampus IOU.

Moga dengan pertemuan ini akan memberikan manfaat kepada kedua-dua institusi pendidikan ini.

IOU adalah gagasan dari Dr. Bilal Philips yang menawarkan program sarjana dan pascasarjana online yang terakreditasi penuh secara intensif.

Muhamad Rozaimi melihat Dr. Bilal Philips menurunkan tanda tangan pada buku pelawat ketika membuat kunjung hormat ke pejabat beliau di Kampus Kuala Perlis hari ini. – Gambar Ihsan KUIPs.

Perjalanan IOU dimulai pada tahun 2007 dengan peluncuran kursus Diploma online gratis di Kampus Terbuka.

Selain itu IOU adalah Pusat Menghafal al-Quran pelajar dari di seluruh dunia untuk belajar al-Quran secara online. – SM

BACA Agong anugerahkan biasiswa kepada 11 pelajar

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button