Nasional

Kualiti Bahasa Melayu Dong Zong ke laut

NAMPAKNYA pihak Dong Zong terpaksa mengalah sementara dalam isu membantah tulisan Jawi apabila membatalkan persidangan tertutup Dong Zong berhubung isu Jawi di sekolah rendah Cina dan Tamil berikutan arahan polis yang mahu ia dihentikan berikutan surat perintah yang dikeluarkan mahkamah.

Menurut polis pembatalan itu adalah dikhuatiri akan menimbulkan suasana kecoh, berikutan bantahan dan laporan polis pelbagai pihak berhubung tindakan kumpulan yang marah dengan tindakan Dong Zong yang enggan tunduk dalam isu jawi.

Namun yang menariknya viral dalam kalangan netizen apabila mereka menyebarkan betapa lemahnya penguasaan Bahasa Melayu oleh pihak Dong Zong sendiri apabila kualiti penulisan bahasa yang terlalu teruk dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan mereka.

Apa punya kualiti yang ada pada pihak Dong Zong sehingga nak menulis kenyataan akhbar pun rasanya lebih baik budak darjah tiga menulis karangan berbanding mereka.

Cubalah baca kenyataan akhbar di atas tidakkah mereka berasa malu dengan kualiti bahasa Melayu yang dimiliki.

Dan sekarang mereka membantah pembelajaran tulisan Jawi. Kalau Bahasa Melayu pun ke laut tidak menghairankan kenapa golongan ini berkeras membantah Jawi.

Janganlah terlalu nak mengagungkan budaya sendiri sehingga merasa diri bongkak memperlekeh dan enggan berasimilasi dalam soal bahasa dan penulisan jawi.

Dong Zong perlu berasa malu dengan kualiti Bahasa Melayu mereka dan belajarlah untuk menguasai penulisan dan percakapan bahasa kebangsaan ini dengan lebih baik kerana semua perlu akur di mana bumi di pijak di situ langit dijunjung. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button