Nasional

KSU KPM diarah segera buat laporan SPRM – Radzi Jidin

MENTERI  Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin mengarahkan Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) segera membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ini berikutan namanya dan Datuk Yusran Shah Mohd Yusof dikaitkan dengan penyelewengan di KPM berhubung Surat Setuju Terima (SST) untuk kontrak bekalan makanan bermasak serta kebersihan bangunan dan kawasan.

Berikutan itu, katanya, pihak SPRM boleh menjalankan siasatan segera berhubung dengan dakwaan tersebut.

Radzi memuat turun hantaran ini di akaun Facebook (FB)nya setelah menerima video oleh individu bernama “Zaharin Yassin” yang mendakwa berlaku penyelewangan tersebut.

Radzi juga berharap individu berkenaan juga dapat menyalurkan maklumat yang diterimanya itu kepada pihak SPRM.

Video berdurasi 2.45 minit oleh Zaharin berkaitan dakwaan tersebut juga dimuat di FB Radzi. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button