BAUCAR buku RM100 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam akan diagihkan secara berfasa.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, untuk agiha awal pada masa ini adalah sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAK).
Bagaimanapun katanya, mekanisme agihan akan diumum sebelum agihan bermula.
Malah katanya, Ketua Setiausaha Kementarian Pengajian Tinggi (KPT), Datuk Seri Dr. Zaini Ujang telah mengadakan mesyuarat di peringkat tertinggi KPT bagi memuktamadkan kaedah agihan baucar itu.
“Beliau akan umumkan pendekatan dan langkah supaya pelaksanaan itu dapat disegerakan” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan majlis perhimpunan bulanan KPT di sini, hari ini.
Zaini pula berkata, pada dasarnya baucar itu boleh digunakan mulai petang ini.
“Saya dalam proses keluarkan kaedah penggunaan baucar itu. Ia lebih kepada kaedah dan bukan soal dapat tak dapat tapi kaedah nak dapat baucar itu,” katanya.
Semalam, Perdana Menteri mengumumkan pemberian baucar buku bernilai RM100 bagi pelajar Tahap Dua sekolah rendah, sekolah menengah hingga ke peringkat institusi pengajian tinggi (IPT). – SM