Nasional

KPN minta pegawai, anggota PDRM tidak berselindung di sebalik uniform, kuasa

KETUA Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengingatkan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya menjaga imej pasukan dan tidak berselindung di sebalik uniform, kuasa mahupun lencana masing-masing untuk melanggar undang-undang.

Katanya, mereka perlu terus mendapatkan keyakinan dan kepercayaan daripada rakyat sekali gus memastikan imej PDRM berada di tempat paling atas.
“Pada hal banyak isu-isu lebih bagus dilakukan anggota,” katanya kepada pemberita selepas Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) Kontinjen Negeri Sembilan di Seremban hari ini.
Katanya, beliau selalu pesan pada diri sendiri bukan kepada anggota dan pegawai sahaja iaitu Jadi lah pegawai yang bagus supaya imej PDRM sentiasa baik,
Beliau menegaskan, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana anggota tanpa mengira pangkat sekiranya mereka melakukan kes jenayah, salah laku atau tatakelola yang tidak betul.
“Kita tak akan kompromi, malah kita buka kertas siasatan untuk tindakan tatatertib (kepada mereka terlibat). Untuk makluman, saya telah tandatangan tahan kerja kepada pegawai berpangkat DSP itu (pegawai didakwa melanggar pelajar) pada petang itu juga,” katanya.
Razarudin turut menasihatkan kesemua anggota supaya menjaga kerjaya masing-masing sekali gus memastikan kebajikan dan keharmonian rumah tangga.
“Sebagai manusia apabila sudah berumah tangga mesti jaga keluarga dan kerjaya tetapi jika tidak jaga kerjaya bagaimana mahu jaga keluarga,” katanya.
Terdahulu, seramai 210 pegawai, pesara polis dan waris pesara dalam kontinjen Negeri Sembilan dianugerahkan PJPN dan daripada jumlah tersebut, 143 pesara, bekas polis dan petugas pada era darurat hadir sendiri menerima pingat.
Seramai 12 waris pula hadir mewakili pesara yang uzur atau meninggal dunia selain seramai 55 pegawai polis yang masih berkhidmat turut menerima pingat yang sama. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button