Pendidikan

KPM ubah jadual peperiksaan 2020

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) telah membuat penjadualan semula kali kedua takwim peperiksaan bagi tahun ini berdasarkan Pindaan penggal Persekolahan Tahun 2020.

KPM dalam satu kenyataan berkata, penjadualan semula kali pertama diumumkan pada 28 Mac berikutan Perintah Kawalan Pergerakan.

“Oleh kerana peperiksaan SPM tahun 2020 dijadualkan bermula pada minggu pertama tahun 2021. KPM telah mengambil kira keperluan untuk mengatur semula pelbagai aspek logistik bagi tujuan peperiksaan tersebut.

“Ini termasuklah memperincikan tarikh permulaan sesi persekolahan bagi tahun 2021 yang akan diumumkan kelak.

“Penyusunan semula sesi ini penting bagi memastikan agar sesi persekolahan pada tahun depan berjalan lancar,” kata kenyataan tersebut.

Takwin peperiksaan tahun 2020:

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button