KPM tidak akan kompromi isu makanan RMT
KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia tidak akan berkompromi dalam hal yang melibatkan kebajikan murid, kata Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Md Radzi Jidin.
Beliau kata demikian di hantaran Facebook miliknya apabila dimaklumkan mengenai isu gambar nasi putih dan kuah yang didakwa sebagai makanan kepada murid yang menerima Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang tular di Facebook.
“Malam tadi saya dimaklumkan tentang satu hantaran di Facebook yang tular mengenai gambar nasi putih dan kuah yang didakwa sebagai makanan kepada murid di bawah RMT.
“Saya memandang serius dakwaan tersebut dan telah arahkan supaya siasatan lanjut dibuat, termasuk mengenalpasti sekolah yang terlibat, katanya.
Semalam, seorang wanita mengatakan cucu saudaranya yang merupakan penerima RMT hanya dapat nasi kosong dan kuah sebagai juadah. -SM