KPM belum buat keputusan rasmi berkaitan PT3
KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) belum membuat sebarang keputusan berhubung pelaksanaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi tahun ini.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, pada masa ini KPM sedang meneliti pendekatan paling sesuai berkaitan PT3 dengan mengambil kira tahap penguasaan murid.
“Kita belum buat keputusan berkaitan PT3. Belum ada keputusan rasmi oleh KPM.
“Justeru, kementerian sedang meneliti pendekatan paling sesuai berkaitan PT3 dengan mengambil kira tahap penguasaan murid di sekolah,” katanya ketika sidang akhbar selepas melancarkan Sekolahku Sejahtera, hari ini.
Baru-baru ini, tular di media sosial berkiatan pemakluman pelaksanaan PT3 yang akan diadakan pada Oktober hingga November selari dengan pelaksanaan PT3 yang ditangguhkan selama dua tahun sejak 2020 akibat pandemik Covid-19.
Pemakluman tersebut dimuat naik oleh Lembaga Peperiksaan di laman Facebook pada Sabtu lalu. Bagaimanapun pemakluman tersebut telah ditarik balik. -SM