Nasionalpilihan

KPDN melancarkan Program Food Bank Wakaf Rahmah bagi membantu pelajar kurang berkemampuan

PROGRAM Food Bank Wakaf Rahmah telah dilancarkan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Senator Puan Hajah Fuziah binti Salleh telah  di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Selangor semalam.

Program ini adalah kesinambungan daripada inisiatif Program Food Bank Siswa (PFBS) yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sejak Februari 2019. Sehingga kini, PFBS telah diperluas kepada 29 IPT, Politeknik serta Institut Pengajian Guru (IPG) dan telah membantu seramai 21,105 pelajar bagi mengurang kos sara hidup yang dihadapi di kampus.

Bagi pelaksanaan Program Food Bank Wakaf Rahmah di UNITEN, seramai 1,000 orang pelajar kurang berkemampuan akan menerima manfaat ini. Konsep program ini adalah Food Pantry di mana pihak pengurusan Hal Ehwal Pelajar UNITEN bersama Pusat Islam UNITEN akan menyediakan tempat penyimpanan sumbangan makanan serta menyelaras pengagihan sumbangan kepada pelajar mengikut jadual yang telah ditetapkan.

KPDN juga telah melaksanakan inisiatif Teknologi Pembungkusan Makanan secara Retort yang melibatkan industri perhotelan, katering dan pengeluar makanan. Sebanyak dua belas (12) buah mesin retort sedang beroperasi di sepuluh (10) lokasi terpilih di seluruh negara. Inisiatif ini disambut baik oleh ramai pihak dan membantu ramai golongan sasar khususnya mangsa bencana seperti banjir memandangkan makanan retort bersifat ready to eat dan ia juga amat sesuai untuk pelajar yang menetap di kolej kediaman kampus.

Baru-baru ini, KPDN telah menerima sumbangan mesin retort daripada Yayasan Wakaf Malaysia sebagai instrumen penambahbaikan kepada PFBS. Makanan yang bermasak yang di’retort’ boleh terus dan selamat dimakan akan menambahkan variasi makanan untuk pelajar secara berterusan di samping makanan kering sedia ada.

Mesin Retort ini ditempatkan di Hotel Marriot Putrajaya yang merupakan Rakan Strategik KPDN dalam usaha mengurangkan pembaziran makanan dan menambah kuantiti serta kualiti bank makanan PFBS. Perbezaan Food Bank Wakaf Rahmah di UNITEN ini adalah penambahan elemen wakaf sebagai penambah baikan ekosistem Food Bank.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Senator Puan Hajah Fuziah binti Salleh

Inisiatif pelaksanaan Program Food Bank Wakaf Rahmah pada hari ini turut dijayakan dengan sokongan daripada para penyumbang iaitu KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Yayasan Al Manjie, Yayasan Food Bank Malaysia, Tamin Group, Le Meridien Hotel Putrajaya, Mamee Double – Decker (M), Haseenah Foundation dan Etika Beverages Sdn Bh, Nestle Products Sdn. Bhd. dan Lotus’s Store

Kementerian merakam setinggi penghargaan kepada semua pihak yang giat aktif membantu melaksanakan Kementerian dalam membantu golongan sasar. KPDN juga amat mengalu-alukan sumbangan dari syarikat-syarikat, organisasi-organisasi dan orang perseorangan sebagai sebahagian dari tanggungjawab sosial korporat dalam membantu golongan yang memerlukan khususnya mangsa bencana alam seperti tanah runtuh dan banjir. – SM

Artikel berkaitan > Inisiatif KPDN lancar ‘Payung Rahmah’ bantu golongan berpendapatan rendah

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button