Nasional

Inisiatif KPDN lancar ‘Payung Rahmah’ bantu golongan berpendapatan rendah

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah memperkenalkan inisiatif “Payung Rahmah” untuk mengurangkan kos sara hidup golongan berpendapatan rendah (B40) dan miskin tegar.

Menterinya, Salahuddin Ayub berkata inisiatif itu adalah hasil kerjasama dengan beberapa kementerian termasuk kementerian hal ehwal ekonomi dan kementerian pertanian dan keselamatan makanan.

Beliau berkata, dibawah payung itu akan ada Jualan Rahmah, Bakul Rahmah, Pakej Rahmah dan Kafe Rahmah. PAYUNG RAHMAH Atau PAYUNG KASIH SAYANG menjadi inisiatif bantuan Kerajaan Perpaduan dalam menangani kos sara hidup rakyat.

“Jualan Rahmah merupakan program jualan murah sepanjang tahun yang akan dilaksanakan oleh hypermarket dan pasaraya di seluruh negara.

“KPDN bersedia memberi permit notis jualan murah bagi mana-mana pasaraya untuk melaksanakan Jualan Rahmah sehingga maksimum empat (4) bulan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menteri KPDN itu menyeru semua pemain industri khususnya hypermarket dan pasaraya supaya dapat bersama-sama berganding bahu dengan kerajaan untuk menjayakan aspirasi ini.

KPDN akan menyediakan peruntukan bagi tujuan ppromosi dan publisiti melalui saluran media Kerajaan bagi membantu menguar-uarkan Jualan Rahmah yang berlangsung di Premis-premis yang terlibat.

“Econsave telah bermurah hati untuk menyampaikan Sumbangan Bakul Rahmah kepada tiga puluh (30) penerima di sekitar pandamaran dan klang.

“Pasar Raya Econsave juga menyambut amanat saya dengan pelancaran Kempen Penurunan Harga 1,000 Barangan yang dijual dalam Pasarayanya seluruh negara,” tambah beliau lagi.

KPDN amat berterima kasih atas usaha pasaraya-pasaraya utama yang sangat prihatin menggalas tanggungjawab sosial melalui tawaran pelbagai promosi jualan murah dan potongan harga yang secara tidak langsung dapat membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat.

 

 

(Visited 508 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button