Luar Negara

Kotak hitam kedua MU5735 berjaya dijumpai

Nahas pesawat Boeing 737-800 China Eastern Airlines

KOTAK hitam kedua pesawat China Eastern Airlines yang terhempas pada Isnin lepas di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, selatan China berjaya ditemui semalam.

Menurut satu kenyataan Ibu Pejabat Tindakbalas Kecemasan Negara, sebelum itu, kotak hitam pertama dipercayai perakam suara bahagian kokpit berjaya ditemui pada Rabu lepas.

Setakat ini, kerja-kerja memuat turun dan menganalisis data dari kotak hitam pertama kini giat dijalankan.

Pada 21 Mac lalu, pesawat Boeing 737 yang berlepas dari Kunming di barat daya China dalam perjalanan menuju ke Guangzhou terhempas di kawasan pergunungan daerah Tengxian, Guangxi, pada pukul 2.38 petang Isnin.

BACA PAUTAN DI BAWAH:

https://suaramerdeka.com.my/mu5735-boeing-737-800-china-eastern-airlines-terhempas/

Semua 132 penumpang termasuk sembilan anak kapal disahkan terkorban.

Pesawat milik syarikt penerbangan China Eastern Airlines itu dilaporkan terhempas di kawasan luar bandar berhampiran bandar Wuzhou. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button