Luar Negara

Koronavirus: Thailand catat kes kelima

TIADA sebab lain bagi penularan wabak penyakit koronavirus selain daripada kemasukan pelancong dari China khususnya Wuhan.

Thailand mencatatkan kes kelima wabak tersebut selepas seorang wanita berusia 33 tahun melancong ke ibu negara itu.

Bagaimanapun pelancong berkenaan memasuki wilayah itu pada Selasa lalu gagal dikesan di lapangan terbang.

Namun wanita bersama anak perempuannya itu pergi ke sebuah hospital swasta di sana sebelum mengadu demam, batuk dan sakit badan.

[BACA ARTIKEL] Koronavirus: Giliran Malaysia pula selepas negara jiran — Suara Merdeka

[BACA ARTIKEL] 25 kematian akibat koronavirus di China, kes semakin meningkat — Suara Merdeka

SATHIT PITUTACHA
SATHIT PITUTACHA

Walau bagaimanapun, Timbalan Menteri Kesihatan Thailand, Sathit Patucha, berkata wanita itu kemudian dihantar ke hospital kerajaan pada Khamis lalu.

Beliau berkata, hanya wanita tersebut yang disahkan positif jangkitan koronavirus manakala anaknya negatif.

“Wanita berkenaan berasal dari Wuhan, China dan melancong ke sini. Dia kemudian dikuarantin di Hospital Rajavithi dan keadaannya stabil,” katanya.

Sehingga kini, Thailand mempunyai dua pesakit yang masih dikuarantin akibat penularan wabak tersebut.

Terdahulu negara itu mencatatkan kes jangkitan pertama apabila seorang wanita warganya disahkan positif koronavirus.

Wanita berkenaan dimasukkan ke Hospital Nakhon Pathom pada 15 Januari lalu selepas pulang dari Wuhan, China untuk menyambut Tahun Baharu.

[BACA ARTIKEL] Koronavirus: Lapan pelancong China di kuarantin di hotel JB — Suara Merdeka

Kerajaan China ketatkan kawalan

Dalam perkembangan lain, kerajaan China meningkatkan kawalan terhadap penularan wabak itu dengan menggantung perkhidmatan pengangkutan awam ke 10 bandar.

Lapangan Terbang Wuhan dan tempat ibadat juga ditutup bagi mengelakkan lebih ramai lagi dijangkiti selepas lebih 800 orang disahkan positif koronavirus.

Mereka juga dilaporkan sedang membina sebuah hospital baharu dengan segera bagi merawat pesakit virus itu selepas lebih 25 orang meninggal akibat dijangkiti.

Terdahulu, media tempatan melaporkan penularan wabak koronavirus dikatakan berpunca daripada makanan eksotic di Wuhan seperti ular, tikus, beruang dan kelawar.

Menurut laporan itu, Wuhan dikatakan sebagai terkenal dengan makanan eksotic sehingga menyebabkan seluruh wilayah itu dikuarantin oleh Kerajaan China. – Agensi

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button