PAS akan menggerakkan solat hajat perdana di seluruh negara bagi memohon keselamatan dan kesejahteraan daripada wabak nobel koronavirus.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang diadakan di Kuala Lumpur hari ini.
Perkara lain yang turut diputuskan adalah memperkukuhkan politik bersama Muafakat Nasional dan mengemukakan usul percaya kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Parlimen.