Sukan

Korea Selatan tidak timbang boikot Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing

PRESIDEN Moon Jae berkata Korea Selatan tidak mempertimbangkan boikot diplomatik Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing. Beliau juga menegaskan, Korea Selatan tidak pernah diminta oleh mana-mana negara untuk berbuat demikian.

Agensi berita Yonhap melaporkan, Presiden Moon  menyebut mengenai isu itu buat pertama kalinya selepas Amerika Syarikat (AS) minggu lalu mengumumkan tidak akan menghantar delegasi rasmi ke Sukan Olimpik Beijing pada Februari tahun depan.

Tindakan Amerika berbuat demikian atas alasan kebimbangan mereka terhadap pencabulan hak asasi manusia China.

“Kerajaan Korea Selatan tidak mempertimbangkan boikot,” ujar Presiden Moonpada sidang media bersama Perdana Menteri Australia Scott Morrison selepas rundingan sidang kemuncak dua hala di Canberra.

Berhubung boikot diplomatik Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing, kata Presiden Moon, “kami tidak diminta oleh Amerika Syarikat atau mana-mana negara lain untuk menyertai boikot ini.”

Untuk rekod, keputusan Washington (AS) menyebabkan Seoul berada dalam kedudukan yang sukar kerana ia berusaha untuk mengimbangi hubungannya dengan sekutu terbesarnya serta hubungan perdagangan rapatnya dengan Beijing.

Boikot itu juga  dilihat menjejaskan harapan Seoul untuk menggunakan Sukan Olimpik sebagai tempat perdamaian antara Korea seperti semasa Sukan Olimpik PyeongChang 2018 dan mungkin mengisytiharkan penamatan rasmi Perang Korea 1950-53. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button