Nasional

Koperasi GTR dan Sime Darby Oils jalin kerjasama perkenal marjerin eksklusif jenama Alif untuk GTR burger

Koperasi GTR dan Sime Darby Oils (SDO), menjalin kerjasama memperkenalkan marjerin eksklusif di bawah jenama Alif untuk dipasarkan bersama jenama burger tempatan, GTR Burger.

Ketua Jualan Pelanggan SDO, Mohammad Rahimi Abdullah berkata, marjerin eksklusif ini dipasarkan khas menerusi kerjasama antara Sime Darby Oils dan GTR.

“SDO adalah pengusaha minyak sawit yang mampan di Malaysia, dengan kerjasama ini bekalan tidak putus dan memenuhi keperluan pelanggan.

“Sebagaimana diketahui umum minyak masak ALIF dihasilkan daripada minyak sawit mentah bermutu tinggi yang diuji untuk menentukan kualitinya terlebih dahulu dan kemudian disuling untuk menghasilkan minyak masak.

“Hari ini, kami umumkan kerjasama antara Sime Darby dan GTR Burger menerusi perjanjian eksklusif dimana marjerin ALIF akan dibekalkan di semua gerai GTR, ” katanya kepada media.

Beliau berkata demikian selapas menandatangani majlis Memorandum Persefahaman Bersama (MOU) antara marjerin ALIF untuk GTR Burger bersama Sime Darby Oil di sini hari ini.

Turut hadir pada sidang media, Pengasas Bersama GTR Burger, Nordin Mat dan Najib Jalil.

Dalam pada itu, Nordin berkata, GTR Burger yang mula beroperasi pada tahun 2021 kini sudah memiliki 300 cawangan dan tiga pusat pemprosesan di Kuching Sarawak, Puchong, Selangor dan Kota Kinabalu, Sabah.

“GTR merancang untuk membuka sehingga 500 cawangan pada Julai nanti dan 1,000 cawangan pada akhir tahun nanti.

“Kami akan pasarkan marjerin ALIF ini ke seluruh cawangan kami.

“GTR Burger memang mempopularkan bahan tempatan, produk tempatan guna daging segar tempatan, sekarang sokong GLC tempatan iaitu SDO disamping membantu membuka peluang niaga kepada anak tempatan.

“Kolaborasi perniagaan Bumiputera ini mampu mengangkat dua jenama tempatan dalam satu platform, lagipun jenama ALIF sangat sesuai untuk roti GTR, sesuai untuk produk roti John, ” katanya.

Terdahulu GTR Burger memaklumkan kerjasama bersama Pertubuhan Rezeki Infaq (RI) untuk melaksanakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) sempena kedatangan bulan Ramadan nanti.

Dinamakan “Kebahagiaan Ramadan 2023”, program yang akan dilancarkan itu nanti mensasarkan 2 juta umat Islam menerima manfaatnya.

Kerjasama dengan RI itu juga membuka peluang kepada pihak-pihak lain untuk beramal sempena bulan Ramadan menerusi infak dan sedekah jariah menerusi program tersebut.

Orang ramai yang mahu menyertai peluang niaga bersama GTR Burger boleh melayari www.gtrburger.my. – SM

Artikel berkaitan > Yayasan Sime Darby peruntukkan RM2.7 juta untuk bangunkan sukan basikal

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button