Politik

Konsisten mahu tolak usul singkir Speaker, Timbalan

PAKATAN Harapan dan blok bebas yang diketuai oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dilihat sehaluan bagi membantah usul penyingkiran Speaker Dewan Rakyat dan Timbalannya.

Perkara itu dinyatakan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan keyakinan bekas Perdana Menteri itu akan menyokong bantahan usul tersebut.

Anwar dikatakan yakin dengan persetujuan tersebut walaupun kumpulan Dr. Mahathir bersama Parti Warisan Sabah (Warisan) memaklumkan enggan bersama PH yang diketuai beliau.

Mereka juga menyatakan pendirian yang sama terhadap pihak kerajaan iaitu Perikatan Nasional (PN) yang diketuai Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Sekiranya ada jalan persetujuan, ia pasti akan dapat direalisasikan.

BACA > Muhyiddin ucap tahniah kepada PM Singapura atas kemenangan pilihan raya — Suara Merdeka

“Sesiapa sahaja, termasuk Tun Dr Mahathir, jika kita dapat bersetuju, maka kita akan meneruskannya dan tidak ada masalah. Tiada perkara peribadi di sini.”

Anwar berkata demikian kepada wartawan MalaysiaGazette selepas menghadiri taklimat sempena Majlis Pra Persidangan Parlimen anjuran PH malam tadi.

Majlis tersebut bagaimanapun tidak dihadiri oleh kumpulan Dr. Mahathir.

Namun, Anwar menyatakan, mereka telah bertemu dengan wakil Warisan berhubung isu penyingkiran Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md. Yusof dan Timbalan, Nga Kor Ming.

“Ini adalah majlis Pakatan Harapan dan mereka sudah tidak lagi bersama PH dan kerjasama akrab dengan PH,” jelasnya.

BACA > Parlimen hari ini umpama filem High Noon — Suara Merdeka

Terdahulu, Muhyiddin sebagai Perdana Menteri, mengemukakan usul untuk menggantikan Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Mohd Yusof dan timbalannya Nga Kor Ming.

Perkara itu disahkan Kor Ming yang menyatakan perkara itu dimasukkan dalam agenda mesyuarat.

Dan perkara itu dijangka akan dibahaskan dalam sidang Dewan Rakyat yang bermula hari ini.

Ahli Parlimen Pagoh dilapor menyerahkan usul itu pada Jumaat, 26 Jun kira-kira 10 minit sebelum tempoh penyerahan berakhir pada pukul 5.00 petang.

Susulan itu, Muhyiddin juga dilaporkan menghantar notis mencalonkan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun sebagai Speaker yang baru.

BACA > Polis tahan kanak-kanak 12 tahun hantar mesej rasis kepada Zaha — Suara Merdeka

Makluman tersebut dikukuhkan lagi dengan perletakan jawatan Azhar pada 29 Jun lalu dan diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 30 Jun. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button