Pendidikan

Kolej Universiti Inovatif lancar Ijazah Muda Penguatkuasaan Undang-Undang

MELIHAT pontesi yang semakin besar dalam bidang Penguatkuasaan Undang-Undang (LPU) di Malaysia, Kolej Universiti Inovatif yang diusahakan sejak tahun 1999 ini, melancarkan Ijazah Sarjana Muda Penguatkuasaan Undang-Undang (Kepujian).

Jika sebelum ini pihak Kolej Universiti Inovatif menawarkan program Diploma kini memperkenalkan pendedahan amali latihan Kursus Asas Keselamatan dan Penggunaan Senjata Api sejak 2023 untuk memenuhi pasaran kerja.
Selain latihan menembak di lapang sasar, LPU juga memberi pendedahan latihan kawad dan pengalaman di mahkamah bagi memperkukuhkan pengetahuan serta pengalaman dalam bidang pengkhususan pelajar.

.

Perasmian Kursus Asas Keselamatan dan Penggunaan  Senjata Api dan Ijazah Sarjana Muda Penguatkuasaan Undang-Undang (Dengan kepujian) dirasmikan oleh Ketua Lesen Pasukan dan Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Lesen Senjata Api) Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, SAC Dato’ Dzulkhairi Mukthar di Kelab Menembak Bandar Kajang semalam.

Menurut Dato’ Dzulkhairi usaha memperkenalkan Kursus Asas Keselamatan dan Penggunaan Senjata Api oleh pihak kolej adalah inisiatif yang baik dan pelajaran sangat penting naik taraf ke peringkat seterusnya.

‘’Mana-mana agensi baik swasta atau kerajaan, sijil itu sangat penting, jika dahulu polis nak masuk inspektor perlu ada MCE kemudian updgare ke Diploma dan sekarang nak jadi inspektor perlu ada ijazah contohnya sebab itu, Ijazah itu sangat penting.

“Saya meneliti usaha pihak fakulti dalam memberikan latihan kecergasan jasmani, ujian psikologi dan latihan kawad sebagai satu usaha pihak fakulti dalam memperkukuhkan program pendidikan berasaskan latihan amali demi melahirkan kadet elit program penguatkuasaan undang-undang.

“Inisiatif pihak kolej dalam memperkenalkan latihan berasaskan program penguatkuasaan undang-undang iaitu dengan Kursus Asas Keselamatan dan Penggunaan Senjata Api merupakan usaha yang pertama di Malaysia,” kata Dato’ Dzulkifli dalam ucapannya.

Tambahnya, di Malaysia pemilikan dan penggunaan senjata api di kawal ketat undang-undang di bawah Akta Senjata Api 1960 dan Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971. Justeru, memupuk sikap disiplin yang tinggi dalam penggunaan senjata api amatlah penting.

Dalam pada itu, Dato’ Dzulkifli mengucapkan sekalung tahniah kepada Kolej Universiti Inovatif kerana telah mendapat perakuan akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bagi program pengajian Ijazah Sarjana Muda Penguatkuasaan Undang-Undang (Dengan Kepujian) atau dikenali sebagai Bachelor in Low Enforcement (Honours).

“Pengiktirafan ini menunjukkan bahawa pihak kolej memiliki prestasi cemerlang dalam akademik dan ko-kurikulum. Harapan saya agar pelajar mencapai cita-cita, menggandakan usaha, banggakan ibu bapa serta tanamkan cinta kepada bangsa agama, perlembagaan undang-undang dan negara.

Penyanyi Syafiq Farhain kini menyambung pelajaran di peringkat Ijazah dalam bidang Penguatkuasaan Undang-Undang (LPU)

Selain itu, penyanyi Syafiq Farhain dilantik sebagai duta LPU dan penerima biasiswa, seperti yang semua tahu, beliau merupakan anggota bomba Bomba dan Penyelamat Malaysiaselama hampir 11 tahun sekali gus merupakan selebriti pertama melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Penguatkuasaan Undang-Undang.

Artikle Berkaitan :>

Polis tahan jurujual jam, pelajar kolej di Ipoh kerana hina Islam

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button