Sukan

Kolaborasi MILO® – Pavilion  Bukit Jalil  lancar ‘Charity At Heart’

SEBANYAK 10,000 pek MILO® HI-FIBRE disediakan di Aras 2, Pink Zone, Pavilion Bukit Jalil  dijual kepada orang ramai pada harga istimewa iaitu RM8, baru-baru ini yang mana semua hasil pembelian akan disumbangkan kepada badan amal.

Pengurus Pemasaran Pengguna – MILO® Business Unit, Nestlé (Malaysia) Berhad, Andrew Yoon berkata, pihaknya berbesar hati kerana MILO® HI-FIBRE dapat memberi sumbangan dengan tujuan yang baik.

“MILO akan terus bekalkan tenaga kepada orang ramai untuk menyemarakkan gaya hidup aktif mereka pada tahun baharu ini,” katanya.

Beliau berkata, jenama MILO sentiasa komited dalam mengutamakan pengguna.

MILO® HI-FIBRE terhasil daripada inovasi berterusan dan sokongan terhadap gaya hidup aktif rakyat Malaysia.

“Kami berharap dapat memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk berani terus melangkah ke hadapan dengan tenaga MILO® HI-FIBRE,” ujarnya.

Acara MILO® HI-FIBRE x Pavilion Bukit Jalil ‘Charity At Heart’ itu dirasmikan oleh legenda badminton negara dan duta MILO® HI-FIBRE, Datuk Rashid Sidek.

Turut hadir 100 keluarga B40 yang terdiri daripada golongan kurang berkemampuan dari seluruh Lembah Klang.

Untuk rekod, MILO® HI-FIBRE memenuhi kriteria Logo Pilihan Lebih Sihat mengikut panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ia mengandungi khasiat tambahan daripada kandungan serat yang lebih tinggi dan hanya lebih kurang setengah sudu kecil gula (sukrosa) setiap hidangan.

“Sungguhpun dengan gabungan baharu ini, rakyat Malaysia tetap dapat menikmati rasa ikonik MILO® kegemaran mereka dengan kebaikan barli malt, susu dan koko kegemaran Malaysia dengan 6 vitamin dan 3 mineral penting,” kata Andrew lagi.

Pada majlis pelancaran, turut diadakan beberapa sesi badminton yang mana pihak Absolute Protech Sports (M) Sdn. Bhd. menaja raket badminton bagi acara amal ini.

Sementara itu, sejajar dengan matlamat MILO® untuk memupuk tabiat aktif bersukan dari usia muda, pada acara yang sama Datuk Rashid Sidek turut berkongsi beberapa kemahiran asas badminton bersama kanak-kanak yang hadir.

“Sudah tiba masanya untuk saya kongsikan segala kemahiran dan nilai positif yang diperolehi sepanjang menjadi pemain badminton kepada generasi seterusnya.

“Meskipun rutin harian saya sibuk dengan tugas sebagai jurulatih dan kekal aktif bersama keluarga, saya bersyukur kerana MILO® HI-FIBRE dapat memberi tenaga dan nutrisi yang diperlukan untuk menjalani rutin harian yang begitu padat,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button