Nasional

“Kita Takde Kuasa Bendung Fahaman Liberal Sebab Bukti Media Sosial Tak Cukup” – Pegawai X

Tak perlu tunggu satu batalion daripada pengikut dajjal datang menyebarkan fahaman pelik-pelik, cukuplah umat Islam moden merasakan ‘Islam itu mudah dan boleh beramal ikut kepala otak’, iblis sudah tersenyum bangga.

Perbuatan yang menunjukkan seseorang itu terjurus ke arah pemikiran liberal semakin bercambah namun percayalah selagi negara ini namanya Malaysia yang diketuai pemimpin jahil agama, umat Islam diancam bahaya.

Mana tidaknya.. ramai pemimpin yang diangkat menerusi sistem pilihan raya misalnya, kononnya menggunakan cara demokrasi, berapa peratus di antara mereka benar-benar menggunakan Islam dalam pentadbiran?

Maaf terlupa.. ada Perlembagaan Persekutuan sekali pun, bukannya khatam dan jazam membaca pun, ralit pegang buku ‘Peraturan Dewan.. Peraturan Dewan.. Peraturan Dewan..’

Apabila bercakap tentang pentadbiran dan Islam pula, cybertrooper hanya guna modal bayangan ia terjelma dalam bentuk parti Pas sedangkan jika seseorang muslim itu bersama DAP, Islam tetap perlu jadi keutamaan.

Namun demikian, mesej tidak berjaya disampaikan biar pun menerusi sistem pendidikan negara dan akhirnya, generasi bangsa Malaysia moden terus rosak dengan sendiri tanpa pemantauan orang arif yang berkuasa.

Mula-mula, pegangan menganggap Islam itu mudah dengan mengabaikan rukun agama sehingga tercetusnya pemikiran liberal dalam kalangan generasi bangsa Malaysia moden.

Lagi sepuluh-dua puluh tahun, jangan menyesal jika zuriat generasi bangsa Malaysia moden ini menolak terus Perlembagaan Negara dan meletakkan nilai Islam serta adab dan adat Melayu itu setaraf najis khinzir!

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button