Politik

Covid-19: Kit Siang dakwa menteri tidak patuh SOP hina Rukun Negara

AHLI Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang mendakwa menteri yang enggan menjalani kuarantin sebagai melanggar Rukun Negara.

Tindakan menteri berkenaan yang dikatakannya sebagai baharu pulang dari negara Turki itu melanggar Rukun Negara kelima iaitu ‘Kesopanan dan Kesusilaan’.

Malah menurutnya tindakan menteri terbabit yang enggan menjalani kuarantin juga dianggap sebagai merosakkan sambutan ke-50 pembentukan Rukun Negara.

“Jika menteri mengambil berat dan kerajaan tidak boleh menipu mengenai situasi Koronavirus (Covid-19) di Turki, ini menunjukkan sambutan Jubli Emas Rukun Negara tahun ini adalah paling ironi.

“Tiga sambutan kebangsaan tahun ini iaitu Hari Kebangsaan, Hari Malaysia dan Sambutan ke-50 tahun Rukun Negara.

BACA > ‘Time raya haji dan awal Muharam juga buat hal’ – ADUN DAP – Suara Merdeka

“Namun ketiga-tiganya dirosakkan oleh seorang menteri yang secara terbuka menunjukkan penghinaan dan melanggar Rukun Negara.

“Apakah pengajarannya daripada kejadian mengejutkan di mana seorang menteri Kabinet tidak menjalani kuarantin selama 14 hari selepas pulang daripada luar negara?

“Tidak ada undang-undang mengatakan terdapat dua kelas rakyat Malaysia, rakyat biasa yang perlu mematuhi undang-undang dan orang kenamaan (VVIP) yang boleh menentangnya.”

Demikian dakwaan Kit Siang dalam blognya hari ini terhadap seorang menteri yang tidak dinyatakan nama dan portfolio dalam tulisannya.

Triple national celebrations this year marred by a Minister who openly shows contempt and breaches Rukunegara

Pagi tadi, Suara Merdeka melaporkan beberapa Ahli Parlimen menyatakan rasa tidak puas hati terhadap Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali.

Ini kerana tindakannya melanggar arahan kuarantin selepas pulang dari luar negara.

BACA > Resort Aliff Syukri dikecam ada lipas, Abby Abadi anggap perkara biasa – Suara Merdeka

Malah mereka turut mengaitkan dengan beberapa rakyat Malaysia yang dipenjara dan denda akibat melanggar perintah kuarantin 14 hari.

Dalam pada itu, Kit Siang turut meminta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi penjelasan berhubung pelanggaran arahan kuarantin.

Menurut bekas Penasihat DAP itu, Muhyiddin juga perlu memberi penjelasan terhadap kebenaran yang diberikan kepada menteri tersebut untuk melawat Turki.

“Alasan yang diberikan ke atas sebab melanggar undang-undang itu tidak boleh dipercayai.

“Pertamanya, menteri berkenaan sudahpun menjalani ujian khas Covid-19 setibanya di Malaysia, tetapi rakyat biasa perlu menjalani kurantin 14 hari.

“Kedua pula, lawatan menteri berkenaan diluluskan oleh Muhyiddin ketika Turki dikategorikan sebagai zon hijau.

BACA > Pemuda DAP ‘gotong-royong’ bubuh tulisan Cina pada papan tanda – Suara Merdeka

“Data terikini di Turki menunjukkan seramai 253,108 kes Covid-19 dicatat dan 6,039 kematian dilaporkan.

“Malah Turki diletakkan dalam senarai 10 negara Asia yang paling teruk dilanda Covid-19. Bila Turki jadi zon hijau, siapa yang isytiharkannya?

“Muhyiddin mesti menjelaskan kepada rakyat Malaysia apakah alasan yang diberi untuk membenarkan menteri Kabinetnya pergi ke Turki dan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19? soalnya.

Terdahulu, terdapat laporan menyebut Ahli Parlimen Kuala Nerus berisiko hilang kelayakan sebagai wakil rakyat sekiranya didapati bersalah melanggar SOP Covid-19 sebaik pulang dari lawatan ke Turki.

Beliau dikatakan melanggar peruntukan Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

BACA > Pembangkang tidak puas hati menteri tidak kuarantin – Suara Merdeka

Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan penjara tidak melebihi dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button